Aturan Leahy
Aturan Leahy

Aturan Leahy

Aturan Leahy (Bahasa Inggeris: Leahy laws atau Leahy amendments) merupakan sebutan kepada dua bahagian dari peraturan perundang-undangan Amerika Syarikat yang melarang Jabatan Negara Amerika Syarikat dan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat memberikan bantuan ketenteraan kepada angkatan tentera negara asing yang melakukan pelanggaran hak asasi manusia. Aturan ini merujuk pada dua seksyen berbeza dalam dua peraturan perundang-undangan persekutuan AS, iaitu:Aturan ini dinamakan bersempena penaja utamanya, Senator Patrick Leahy (D-Vermont).[1] Aturan ini memerintahkan Jabatan Negara AS, melalui Biro Demokrasi, Hak Asasi, dan Buruh, untuk melakukan penapisan pada negara yang akan menerima bantuan ketenteraan dari anggaran negara AS. Jika unit tertentu pada tentera negara tersebut terbukti dengan meyakinkan atau berkait rapat dengan perlanggaran hak asasi tertentu, bantuan tersebut wajib ditangguhkan hingga negara atau unit tersebut melakukan langkah-langkah konkrit mengubah amalan tersebut dan mengadili pelakunya.[2]Kerajaan persekutuan AS tidak mengeluarkan laporan eksplisit mengenai tentera asing yang diputus bantuannya oleh kerana aturan Leahy.[3] Laporan media mengindikasikan bahawa tentera atau pegawai-pegawai pertahanan di Bangladesh, Bolivia, Colombia, Guatemala, Mexico, Nigeria, Turki,[4] Indonesia,[5] Lebanon, Saint Lucia, dan Pakistan[6] pernah menjadi sasaran pemotongan atau penangguhan bantuan dari aturan ini.

Aturan Leahy

Nama hari-hari Aturan Leahy